Friday, June 7, 2013

WE ARE THE CHAMPS !!

Wow dua minggu cuti sekolah ni bagi aei rasa macam kejap je yelah mana tak nya hampir cuti bg aei macam keje dah hee ok sebenarnya aei hanya nak citer masa minggu pertama cuti sekolah tu aei dan anak murid aei telah bertolak ke ipoh untuk KARNIVAL SUKAN SEKOLAH ISLAM MUSLEH SE-MALAYSIA.. aei pergi dengan lagi dua orang guru pengiring dan 18 pelajar  jadi semuanya 21 dengan 18 pelajar[ 14 pemain bola / 4 olahraga dan 3 guru telah bertolak ke ipoh di Sekolah Rendah Islam Hidayah Ipoh..




Kenapa aei pergi? Aei ni Coach Bola sepak sekolah so haruslah aei pergi kan hee..(sombong tak ayat tu? ) ok sambung balik lagi pun pihak sekolah terutamanya Guru Besar aei mmg berharap skuad bola sepak sekolah mampu membawa balik sebarang pingat untuk dibawa pulang.

Ok sesampai je disana bumi ipoh sambut kami dengan cuaca yang bagi aei panas terik tapi aei tetap melarang anak murid aei terutamanya yang main bola daripada minum air sejuk..sebab air sejuk ni mampu kurangkan daya stamina kita..
Sampai je dekat sekolah tu wow lawa kot sekolah tu background dy gunung ganang kot..ha tgk gambar ni :





Berdasarkan jadual yang dy telah tetapkan acara bagi bola sepak adalah keesokkan harinya , so malam tu aei merangka lah strategi yang nak digunakan pada esoknya sampai tertidurlah kan buat strategi haha sedar sedar je subuh so aei un bersiaplah

Ok acara pon bermula sekolah aei diletakkan dalam group C

-          SRI AS-SAIDIYYAH (N SEMBILAN)
-          SRI AL-AMIN NILAI (N SEMBILAN)
-          SRI AL-IRSHAD (PAHANG)
-          SRI AL-ITQAN (P PINANG)
-          SRI AL-ISLAH (KEDAH)

Maka berlangsunglah pertembungan di peringkat kumpulan dan keputusannya

·         SRIAS vs SRI Al-Amin Nilai (7 -0)
·         SRIAS vs Al-Itqan P.Pinang (1-1)
·         SRIAS vs Al-Irsyad Kuantan (0-1)
·         SRIAS vs Al-Islah Sungai Petani (2-1)

Huh ! haha syukur pada ALLAH kami berjaya mara ke separuh akhir ! perasaan time tu tak terkata apa-apa sebab ketika kejadian pelbagai dugaan yang dating secara serentak buatkan sampai satu masa aei macam giveup dah…..tp ANAK MURID aei buatkan aei senyum balik tu lah sebab aei sayang anak murid aei..hee ( ni bukan kes menang sayang kalah benci ea..) ok kte go on balik tentang ape yang aei nak citerkan perlawanan peringkat separuh akhir menemukan :[ lihat gambar]



Dan keputusannya

PERINGKAT SEPARUH AKHIR;
SRI AS-SAIDIYYAH (N SEMBILAN)  (1) vs SRI AL-AMIN BANGI(SELANGOR) (0)

Kami masuk final !!! dan apabila di FINAL

PERINGKAT AKHIR
SRI AS-SAIDIYYAH (N SEMBILAN) (1) vs SRI Al-AMIN (TERENGGANU) (0)



ALHAMDULILLAH !!! sekolah aei telah menjadi JOHAN untuk acara bola sepak ni ..nak senang THE END sebab dah panjang lebar aei pokpek ni selepas game sehinggalah kami sampai seremban KAMI SENYUM SOKMO !! ( ^_* )




 ok sekian saja untuk entry aei kali ni semoga jumpa lagi tata ^_^




No comments:

Post a Comment